Viral! Kisah sebenar Boss Susu yang tidak ramai tahu - MalaysiaUnfold

Breaking

Tuesday, January 26, 2021

Viral! Kisah sebenar Boss Susu yang tidak ramai tahu

Seorang pengguna Facebook, saudara Nordin Mat yang juga Timbalan Pengerusi Kelab Generasi Transformasi Ruminan (GTR) mendedahkan kisah sebenar mengenai Brader Azmi Zainal, iaitu Pengarah Operasi Farm Fresh. !-- Composite Start -->
Melalui penulisan yang viral sejak semalam, beliau cuba menjawab tuduhan yang mengatakan milikan saham Azmi Zainal sangat kecil dalam Farm Fresh. Azmi Zainal, atau lebih dikenali dengan nama Boss Susu amat terkenal di kalangan rakyat Malaysia kerana wajahnya kerap kali muncul dalam Gegarvaganza sebagai penaja utama.

Saudara Nordin Mat juga menulis kisah bagaimana Azmi bangkit dari tiada apa apa sehingga berjaya seperti sekarang. Berikut adalah penulisan beliau di fb,

KISAH BOSS SUSU YANG TIDAK RAMAI TAHU

Apa yg kecoh sangat hari niral! Kisah sebenar Boss Susu yang tidak ramai tahui pasal Brader Azmi Zainal kita ada 1.3% saja share dalam Farm Fresh Milk Malaysia melalui sykt Holstein Milk tu ?
kami dah lama tahu tapi tak kecoh pun malah bangga sbb ada seorang kawan yg bersama menaikkan jenama tenusu di Malaysia ini..

Dia cerita dia macam ni, abam dah lama pun berkawan dgn Brader azmi ni dan dengan Mr Loi Tuan Ee pun lama dah abam kenal sebelum mereka bela lembu tenusu pun kami dah berkawan baik dan saling berdiskusi dlm bidang ruminan ini.

Mereka pun dah lama mendaftar sbg ahli GTR dgn abam

Kira kira 12 tahun yg lalu abam selalu la lepak dgn Brader , sambil merayau mencari job mcm mcm, kami sama sama tgh jatuh time tu, mmg sengek abis.. Brader mie naik kancil kaler merah , abam jalan kaki pun pernah, tapi pejabat dekat jer dengan rumah jadi tak de hal lah

Sekali tu, dah dekat dengan bulan puasa abam tanya la Brader mie

Brader , lu balik raya mana tahun ini?

Balik raya apa Din, sengkek mcm ni nak balik raya mcm mana

Brader, jom kita niaga apa apa bazaar Ramadhan kat Prima Saujana tu.. aku jual kambing golek hang jual lah susu kambing fresh Mr Loi tu mcm best jugak tu.. waktu tu susu farm fresh org pun tak kenal lagi

Brader ni nak bayar tapak niaga RM300 pun tak ada modal, jadi Abam dahulukan la sbb ada la sikit duit time tu , tapi bila Mr Loi dtg melawat Brader kat tapak tu, dia refund la balik duit sewa tu kat abam

Maka berniaga lah kami kat bazaar Ramadhan tu, dia jual susu abam jual kambing golek sampai lah nak raya ada la sikit duit belanja nak balik raya

Lepas raya, abam sembang dgn dia, Brader, lu mmg terer la buat sale susu kambing, hang pergi lah kerja dengan Mr Loi tu tolong dia buat marketing susu.. lu pun dah lama kenal dan buat projek dgn dia sblm ni..

Ok lah Din, dpd tak de buat apa nih, projek pun tak jalan apa pun lagi , sdah malas nak niaga ni baik jugaklah aku pi tolong Loi tu

Azmi dan Loi Tuan Ee

Maka Brader mie mula la jadi salesman susu farm fresh dan Nubian goat milk.. waktu tu sale tak silap baru RM100k saja sebulan.. tapi bila Brader masuk dan all out marketing dan kuatkan team, sale lepas dia masuk tu dah cecah RM1 juta sebulan beb..

mmg dia terer bab marketing, diwujudkan pula team Home Delivery beribu org, di upgrade HD jd Stokis, dari Stokis sampai jadi Distributor, ramai dah la jd jutawan susu dengan usaha gigih mereka menjual susu Farm Fresh

Dulu Brader Mie kerja saja di Farm Fresh, tapi sbb dia bagus dan Mr Loi ,mmg gentle dan bagi mie saham yg agak besar juga.. Malah Mr Loi pernah set up satu syarikat utk abam dan brader juga utk buat perniagaan daging tapi abam decide tak activatekan co tu sbb abam dah ada company dgn partner lain time tu.

Dulu Sykt tu kecik saja, share diaorng masing masing besar, tapi bila Sykt nak dikembangkan perniagaan perlu capital injection masuk ke sykt spt Khazanah nak masuk time tu, maka saham mereka yg besar tu akan di kecilkan lah.. malah saham Mr Loi pun dah dikecilkan jd 16% saja kalau tak silap.. tapi value saham meningkat dgn besar sekali. Sbb tu saham Brader jd kecik saja tapi korang mana tau dia ada arrangement lain utk brader mie yg sgt berjasa kpd Farm fresh tu..

korang bising bising share dia kecik tu apa hal,kalau tak tau cerita tak payah lah nak mendengki sgt

Hari ini, sale Farm fresh dah mencecah RM15 ke RM20 juta sebulan beb, dan akan berkembang lagi, malah tahun ni mereka akan pergi Listing ker BSKL lagi.

Mmg Brader mie kat depan membuat pemasaran, membuat CSR, membangunkan ekonomi masyarakat, Mr Loi byk masa di ladang dan kilang dan menstrategikan perniagaan mereka ke tahap lebih baik lagi.. Dan mereka sgt ngam team up dlm Farm Fresh ni

Kerja mereka tidak mudah kawan kawan, masa mereka sgt ketat, ke hulu kehilir sepanjang masa.. nak boleh jumpa mereka pun dpt luangkan masa berapa lama saja, berbaris orng menunggu nak berjumpa mereka tuan tuan

Kpd penulis itu, saya tak kenal anda, tapi saya tahu anda nak promote aplikasi database and aitu tapi usahlah mengganggu gugat perniagaan orang lain. Tak de faedah pun tambahan pula awak tak tahu menahu betapa sengsaranya industry penternakan ruminan di negara ini..

Yg penting Farm Fresh ini milik Malaysia, membawa jenama Malaysia, Tidak pernah lagi sebuah sykt penternakan tempatan mencapai apa yg telah di gapai oleh Farm fresh ini dan seharusnya rakyat Malaysia menyokong Farm fresh ini tanpa Prejudice lagi

Nordin Mat GTR

Saudara Nordin Mat (berbaju hitam) bersama Azmi Zainal

Update sikit: Saham mereka di jual kpd Singaporean oleh KHAZANAH pada tahun 2019 kalau tak salah, kalau tak masih 100% Malaysian.. KWSP pun nyaris beli saham Farm Fresh time tu tapi tak jadi, malas nak citer bab politik 😜

Boleh follow FB saudara Nordin Mat untuk lebih informasi mengenai industri ruminan negara di Nordin Mat
Subscribe Telegram Malaysia Unfold untuk berita terkini di:t.me/Malaysiaunfold

Join our Telegram Channel
Telegram