Najib pilihan sebagai Perdana Menteri ke-9 - MalaysiaUnfold

Breaking

Sunday, February 28, 2021

Najib pilihan sebagai Perdana Menteri ke-9

ARAU: Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan masih mempunyai pe­ngaruh tersendiri dalam kalangan rakyat negara ini dan menjadi pilihan diangkat semula sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Sentimen tersebut berdasarkan kaji selidik oleh Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia Universiti Utara Malaysia (UUM MAPAN), Dr. Mashitah Mohd. Udin dan Pengarah Kajian Institut Indonesia, Thailand dan Singapura, Universiti Utara Malaysia, Dr Kamarul Azman Khamis.
Sebab utama DS Najib Razak menjadi pilihan PM ke-9 melalui kaji selidik UUM ni adalah,

"...berdasarkan prestasinya dan merindui pemerintahan bekas Perdana Menteri itu yang banyak membantu rakyat."

Ketika beliau menjadi Perdana Menteri, bukan saja rakyat segenap lapisan dibantu, kemudahan infrastruktur mantap, ekonomi subur malah negara luar menggelar ia sebagai Najibnomics kerana keberkesanannya mengurus ekonomi dana negara.

Bagaimanapun, Najib Razak berkali kali mengatakan mahu membersihkan namanya sebelum menentukan jika beliau menjadi Perdana Menteri semula atau apa jua tindakan beliau dalam politik.

“Apa pun saya kena bersihkan nama saya dulu, sebab saya ada kes tertentu di mahkamah. Saya nak bersihkan nama saya, itu pokoknya."


Join our Telegram Channel
Telegram