Bengang Majlis Perbandaan Bentong lambat, YB Rara turap sendiri jalan - MalaysiaUnfold

Breaking

Sunday, February 28, 2021

Bengang Majlis Perbandaan Bentong lambat, YB Rara turap sendiri jalan

"Belajar menurap jalan. Panas giler. Lama sangat nak tunggu MPB ambil tindakan jadi DAP Bentong buat sendiri demi keselamatan penduduk" kampung.
Itulah twit Yb Young Seyfura semalam yang terkilan dengan kelewatan Majlis Perbandaran Bentong mengambil tindakan dikawasan Ketari.

Twitter beliau, @youngseyfura

Beliau yang juga ADUN Ketari mendapat pujian netizen kerana sanggup turun padang dan bekerja demi rakyat walaupun panas terik.


Sabtu lepas, beliau telah mengikat tali pertunangan semalam dengan jejaka pilihannya dikenali sebagai, Edrin Furtado.

Menerusi perkongsian di laman akaun Instagram miliknya, Rara, 31, telah memuat naik dia keping gambar bersama jejaka pilihannya itu serta gambar semasa majlis pertunanangan.


Pada hantaran itu juga, Penolong Setiausaha Wanita DAP Kebangsaan turut meninggalkan kapsyen “Alhamdulillah” dan sehingga pukul 4.30 petang tadi lebih 890 pengikutnya meninggalkan komen di Instagram.

Beliau kemudiannya membalas komen pengikutnya dan berterima kasih kepada semua yang mengutuskan ucapan tahniah kepadanya.

Join our Telegram Channel
Telegram