Permohonan injuksi Muhyiddin terhadap Puad berjaya - MalaysiaUnfold

Breaking

Monday, March 01, 2021

Permohonan injuksi Muhyiddin terhadap Puad berjaya

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan injunksi sementara oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang menghalang ahli Majlis Tertinggi Umno, Mohd Puad Zarkashi daripada menerusi catatannya di Facebook.
Sebelum ini, Mohd Puad menerima surat tuntutan daripada peguam Muhyiddin supya dia memohon maaf dan memadam posting di media sosial yang mendakwa layanan berbeza kepada rakyat berhubung prosedur operasi standard dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam menangani penularan Covid-19.

Catatan FB itu dimuat naik pada 9 Februari.

Peguam perdana menteri Rosli Dahlan memberitahu Malaysiakini bahawa hakim Mohd Firuz Jaffril hari ini membenarkan permohonan ex-parte plaintif bagi menghalang Mohd Puad daripada menerbitkan, menyiarkan, berkongsi, menerbitkan semula atau menyiarkan semula dan/atau berkongsi semula dalam apa cara sekalipun satu hantaran Facebook bertajuk "Kuarantin pun ada dua darjat"...

Berita anjut di Tun Carlos

Join our Telegram Channel
Telegram